Adel menegaskan, perkara tersebut adalah dalam pengetahuannya.

“Kami juga maklum Peguam Negara Malaysia (Tan Sri Apandi Ali) telah meneliti secara terperinci perkara tersebut dan mendapati tidak ada sebarang salah laku.
“Apa yang saya tahu, kes ini sudah ditutup,’’ katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-13, di sini, hari ini.

Media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) juga sebelum ini mengakui bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib adalah sumbangan dari Arab Saudi dan bukannya milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang mereka dakwa sebelum ini.