Jumlah Pengunjung

Saturday 11 July 2015

TAHUKAH ANDA.. SELEPAS IRAQ KINI WSJ FOKUS MENGHANCURKAN MALAYSIA !!!



Pernahkah anda semua ingat bagaimana negara saudara islam kita IRAQ di serang dan di hancurkan oleh Amerika ? Pasti ramai yang masih ingat dan ramai yang mengetahui apa yang terjadi pada negara itu sekarang ini. Presiden mereka SADDAM HUSSIEN di bunuh dengan kejam dan rakyat negara IRAQ menderita hingga sekarang dan yang menyedihkan lagi, sumber hasil minyak negara tersebut di rampas begitu sahaja oleh Amerika hingga kini.


Kejadian itu adalah antara salah satu kejayaan YAHUDI menghancurkan negara ISLAM hanya bermula dengan fitnah di WALL STREET JOURNAL yang dipercayai oleh dunia. 

Kini, WALL STREET JOURNAL fokus mahu menyerang negara kita MALAYSIA dengan fitnah yang mereka reka untuk menghasut rakyat MALAYSIA kononnya Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Abdul Razak menubuhkan 1MDB untuk melingkupkan negara Malaysia. 

Hebat serangan yang mereka atur, sehingga setiap hari ada sahaja cerita yang tidak betul di keluarkan untuk memastikan rakyat Malaysia mempercayai cerita mereka sebagaimana kejayaan mereka menghasut rakyat Iraq mempercayai mereka sebelum ini.

Apakah kita harus terpedaya dengan cerita dari WALL STREET JOURNAL sebagaimana ratyat Iraq mempercayai mereka sebelum ini ?

Aku sekadar berkongsi cerita dan berita dari pengalaman rakyat Iraq yang terus menderita sehingga kini. Jika kita juga mahu menjadi seperti Iraq terpulang pada diri kita sendiri...






PERKEMBANGAN muktakhir dalam soal fitnah Wall Street Journal (WSJ) ke atas Perdana Menteri, peguam beliau telah memulakan tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut hari ini.

Laporan itu bukan setakat palsu malah cuba membodoh-bodohkan seorang Perdana Menteri Malaysia. Apa cikai sangat ke Perdana Menteri kita nak masuk ‘duit songlap’ dalam akaun sendiri – kalau betullah Perdana Menteri ada songlap duit?

Bodoh betul siapa yang percaya kepada laporan itu.

Cakap pasal percaya, penulis hairan kenapa WSJ dengan reputasi buruk ini menjadi kitab rujukan penyokong pembangkang, terutama yang beragama Islam. Asal ada kait-kait dengan Perdana Menteri saja, cepat dah angkat dakwaan itu betul padahal, apa pun tak terbukti lagi.

Satu lagi, rakyat Malaysia jangan lupa bahawa dosa WSJ ini kepada rakyat Iraq dan ketamadunan manusia keseluruhannya adalah begitu besar sekali.

Dek kerana satu laporan akhbar tersebut pada tahun 2003 kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran (WMD), menjadi antara punca negara itu terjebak ke kancah huru hara sehingga sekarang.

Artikel yang ditulis oleh Judith Miller itu turut menjadi bahan propaganda paling berkesan oleh pentadbiran George Bush pada waktu itu untuk mewajarkan serangan ke atas Iraq kerana kononnya Saddam akan menggunakan WMD ini untuk membahayakan dunia.

Di akhirnya, beratus ribu rakyat Iraq mati, negara itu berpecah belah sehingga kini, Saddam pun digantung sampai mati tapi WMDnya tidak dujumpai juga!! Hujah WSJ untuk mempertahankan dakwaan mengenai wujudnya WMD di Iraq pada ketika itu sama macam sekarang – kononnya ada maklumat dari sumber yang sahih, walhal apa pun takdak.

Oleh itu berhentilah mempercayai laporan WSJ ni. Tak payah tunggu lama, dokumen yang mereka dedahkan semalam, satu pun tak menunjukkan dengan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat sebab tak terdapat nama beliau dimana-mana, belum pertikai sahih ke tidak lagi dokumennya tu.

Lagipun tindakan undang-undang dan siasatan oleh pasukan petugas khas sedang berjalan, tunggu sajalah keputusan..-SUMBER


No comments:

Post a Comment

Member BSK