Jumlah Pengunjung

Tuesday 5 May 2015

AIR MATA IBLIS MUNCUL DI PENTAS CERAMAH PRK PERMATANG PAUH !!!



Rata-rata isi ceramah PKR di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh berkisar kepada bantahan GST dan cubaan menggambarkan kerajaan BN sebagai korup, zalim dan kejam. Selebihnya hanya berkisar linangan air mata meraih simpati di atas nasib suaminya yang dipenjara . Tidak lebih dari itu. Kegagalan menonjolkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat khususnya di Parlimen terlalu ketara. 



Malah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail gagal menunjukkan kredibilitinya sebagai pemimpin walaupun beliau Presiden PKR dan pernah menjadi Ketua Pembangkang. Umum sedia maklum, penglibatan Datuk Seri Wan Azizah dalam arena politik juga hanya secara kebetulan, bukan kerana kepimpinannya. Penglibatan yang bermula dengan linangan air mata juga meraih simpati rakyat berjuang demi kepentingan suaminya. Begitu juga tertubuh "parti airmata" itu bagi menguatkan gerakan mengheret rakyat ke jalanraya demi membebaskan suaminya.  

Setelah memegang jawatan untuk beberapa tahun, kemudian beliau serahkan kerusi Parlimen ini kepada suaminya selepas dibebaskan dari penjara. Tidak mustahil perkara sama akan berulang sekiranya beliau menang pilihanraya kecil kali ini.

Begitu juga semasa kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor tempohari apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau yakin Datuk Seri Dr Wan Azizah kurang pengalaman politik dan dibimbangi semua keputusan akan dibayangi oleh suaminya. Akhirnya keputusan yang dibuat bukanlah atas kepentingan rakyat dan negeri, tetapi suaminya.

Berbalik kepada sekitar isi ceramah PKR di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, tiada satu pun altenatif yang dicadangkan menggantikan GST selain membantah dan mendesak GST dihapuskan. Malahan kejayaan 160 negara yang telah lama melaksanakan GST disembunyikan demi meraih simpati semata-mata. 


Serangan peribadi ke atas calon BN, Suhaimi Sabudin langsung tidak kedengaran sebagaimana amalam biasa parti ini. Kaku dan lesu bagai hilang punca. Cuma provokasi murahan yang mampu dicipta dan diolah bagi memburukkan parti lawan dan mendapat undi simpati. Agenda untuk memperjuangkan nasib pengundi Parlimen Permatang Pauh pudar dibayangi dengan ceramah airmata. Malah nasib pengundi terus gagal dibela selagi Datuk Seri Dr. Wan Azizah menjadi wakil rakyat Parlimen Permatang Pauh.

SUMBER








No comments:

Post a Comment

Member BSK