Jumlah Pengunjung

Saturday 14 June 2014

NAK TAHU ADA BABI ATAU TIDAK BACA SINI !!!



KUALA LUMPUR: Lebih kurang 100 pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury pada petang Ahad untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal.

Majlis makan coklat Cadbury itu dianjurkan oleh myKMU dengan kerjasama portal SuaraTV dan Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS). Program itu diberi nama ‘Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif’.

Editor Suara TV, Zulkifli Mat Rawi dalam satu kenyataan berkata program itu antara lain bertujuan untuk mempertahankan kenyataan halal yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Cadbury Malaysia berhubung isu DNA babi dalam coklat “yang dibangkitkan oleh beberapa pihak sejak kebelakangan ini.”

“Diharapkan usaha ini dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat khususnya pengguna Melayu dan Islam terhadap sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sekali gus menamatkan polemik yang semakin membelenggu persepsi dan minda masyarakat,” katanya.
Portal SuaraTV turut akan menyiarkan program tersebut secara ‘Live Streaming’ pada jam 2.00 petang.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam  175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.

Susulan isu ini, pihak berkuasa Arab Saudi turut menarik balik beberapa produk coklat jenama Cadbury dari pasaran sementara menunggu laporan ujian makmal bagi mengesan DNA babi dalam produk berkenaan.

Dalam pada itu, ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan kenyataan bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah dan pandangan ini turut disokong bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Syarikat Cadbury turut memikat hati pengguna menerusi iklan akhbar dengan menggunakan slogan ‘Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami’ bagi menawan semula hati pelanggan mereka. (klik sini baca seterusnya...)




No comments:

Post a Comment

Member BSK