Jumlah Pengunjung

Saturday 21 June 2014

BERITA TERKINI KISAH MH370 !!!



Pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 akan kembali ke kawasan 1,800 kilometer di barat Perth, iaitu kawasan pencarian pertama di Lautan Hindi kira-kira tiga bulan lalu.
 
Penganalisis berpendapat, kawasan itu mempunyai keberangkalian tinggi pesawat itu berakhir sebelum semua pasukan pencari beralih ke kawasan baharu apabila terdapat kapal mengesan 'isyarat ping' yang sebenarnya palsu.
Menurut Ketua Pesuruhjaya, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan. pencarian baharu akan menggunakan dron dasar laut berkuasa dan pada masa ini kerja-kerja pemetaan dasar laut sedang dijalankan bagi memudahkan pencarian.

Kapal-kapal akan melakukan pemetaan dasar laut seluas enam kilometer untuk tempoh tiga bulan akan datang sebelum kontraktor baru memulakan kerja-kerja pencarian menggunakan imbasan sonar mencari pesawat dengan peralatan yang lebih canggih daripada sonar Bluefin yang digunakan sebelum ini. - AGENSI





No comments:

Post a Comment

Member BSK