Jumlah Pengunjung

Saturday 24 May 2014

VIDEO DAN GAMBAR KJ BAGI PENGANTIN LELAKI TERGAGAP WAKTU MENIKAH !!! #FBP14



Bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya semperna berlangsungya Festival Belia Putrajaya 2014 telah berlangsungnya satu lagi sejarah apabila seramai 73 pengantin telah dinikahkan oleh 7 jurunikah bertauliah.

Majlis telah dimulakan pada pukul 8 pagi dengan dihadiri seramai 1500 orang. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pertubuhan Belia Wawasan Baharu (PBWB) kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Akad Nikah Raja Sehari Mega 2014. 

Difahamkan Objektif penganjuran majlis ini bertujuan membantu golongan muda yang ingin berkahwin bagi memudahkan urusan perkahwinan dan membebaskan pasangan yang baru berkahwin dari bebanan hutang kerana terpaksa menanggung kos berkaitan urusan perlaksanaan majlis perkahwinan yang tinggi. Selaras dengan Agenda Transformasi Sosial Negara, ini merupakan antara inisiatif Jakim menerusi Strategi Lautan Biru (BOS) dengan Pertubuhan Belia Wawasan Baharu dalam menangani isu-isu sosial semasa yang kian meruncing akibat dari pelbagai faktor antaranya kebebasan bersosial sehingga melanggar batasan dalam agama dan tidak merujuk kepada pihak berkuasa yang tepat semasa menguruskan perkahwinan mereka. 

Majlis semakin meriah apabila Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar membuat kejutan pada pasangan pengantin semua apabila beliau hadir memberi semangat kepada semua pengantin. 

Semoga acara begini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Tahniah kepada semua yang menjayakan.





Video antara pasangan pengantin yang  yang sedang di nikahkan.



Video Tok Kadi  tersilap nikah.



Video pengantin malu-malu nak akad nikah.








Video ragam KJ bagi pengantin lagi gubra



Video sidang Media KJ selepas majlis akad nikah.

No comments:

Post a Comment

Member BSK