Jumlah Pengunjung

Saturday 24 May 2014

#FBP14 MAJLIS PERASMIAN JAMBOREE MESSENGERS OF PEACE !!!



Bertempat di dataran Jambori Zon Barat telah berlangsungnya majlis perasmian Jamboree Messengers of Peace Semperna Festival Belia Putrajaya 2014. Majlis telah disempurnakan oleh Yg Berbahagia Dato' Seri Paduka Dr Haji Shafie Bin Hj Mohd Salleh selaku Ketua Pengakap Negara.

Majlis telah dimulakan pada pukul 9 malam dengan dihadiri oleh seluruh ahli pengakap setiap negeri. Mereka akan berkampung disini selama 4 hari 5 malam.

MoP di perkenalkan pada penghujung tahun 2011 dengan tujuan untuk menaikkan nama pengakap dalam bidang kesukarelaan. MoP juga diterajui oleh Cynthia Merquez dari WOSM dan dibantu oleh koordinator negeri masing-masing.

Antara bidang dalam MoP ialah :

* kepentingan sejagat

* kesukarelaan

* peningkatan latihan dan program

* kelestarian alam sekitar

* keamanan sejagat


Segulung penghargaan juga diucapkan kepada

MENTERI BELIA DAN SUKAN,

KETUA PENGAKAP NEGARA,

KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA,

PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA,

MAJLIS PENGAKAP NEGARA,

TIMBALAN KETUA PENGAKAP NEGARA,

PENOLONG-PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA,

KETUA-KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI,

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN,

MAJLIS BELIA MALAYSIA,

PERBADANAN PUTRAJAYA,

dan Semua yang telah membantu menjayakan "Jamboree Messengers of Peace"

Semoga acara sebegini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.





















No comments:

Post a Comment

Member BSK