Jumlah Pengunjung

Sunday 24 November 2013

MUSLIMAT PAS KECEWA DI HARAMJADAHKAN OLEH MUSLIMAT PAS ???



Dewan Muslimat Pas kesal apabila ada dalam kalangan ahli parti yang menganggap haram mengundi calon Muslimat pada pilihan raya umum lepas. 

Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, ia berikutan terdapat anggota dan kepimpinan yang tidak mengiktiraf calon Muslimat di kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. 

"Ini adalah bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama dan saya amat berharap perkara ini dapat diselesaikan. 

"Jika hendak Muslimat ke depan untuk bersaing dengan kepimpinan wanita dalam parti lain, untuk berdepan dengan Wanita dan Puteri UMNO, maka Muslimat perlu diposisikan agar mempunyai kemampuan yang sama," katanya pada sesi penggulungan Muktamar Pas ke-59 di sini, hari ini. 

Siti Zailah berkata, pihaknya tidak mendambakan jawatan pada peringkat pusat namun mengharapkan kerjasama mantap kerana Muslimat turut sama memainkan peranan besar dalam melaksanakan perjuangan parti. - BERNAMA





No comments:

Post a Comment

Member BSK