Jumlah Pengunjung

Thursday 28 November 2013

LAGI PEMIMPIN PKR MENGAMUK DAN LANCAUKAN ANWAR IBRAHIM !!!


Seramai 108 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Roban yang diketuai Pengerusinya, Gani Eli mengumumkan keluar parti hari ini untuk menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Gani yang memimpin cabang itu sejak 2011 berkata, keputusan tersebut dibuat kerana barisan pemimpin PKR sama ada di peringkat negeri dan pusat mengabaikan kewujudan mereka sebagai penyokong setia parti itu.
"Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), PKR seperti tidak ada hala tuju, kami dibiarkan begitu sahaja dan kami juga mula sedar parti itu tidak boleh diharap untuk memperjuangkan nasib penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mewakili kumpulan tersebut menyerahkan borang keahlian kepada Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom di Ibu Pejabat SPDP di sini.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa, lebih ramai ahli PKR Cabang Roban serta di sekitar kawasan Saratok akan mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat.

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Roban, Abang Mokhtar Abang Zulkifli yang turut mengikut jejak langkah Gani berkata, PKR boleh disifatkan sebagai parti yang tidak mempunyai masa depan.

"Berdasarkan prestasi semasa, SPDP dan Barisan Nasional (BN) meraih keyakinan kami untuk membawa pembangunan yang dimahukan rakyat," katanya.

William Mawan dalam pada itu mengalu-alukan keputusan kumpulan tersebut menyertai SPDP dan berharap lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian untuk memperkukuhkan parti itu di peringkat akar umbi.

"SPDP berdepan pelbagai cabaran sejak beberapa tahun lalu namun perkhidmatan baik yang kita berikan berjaya mengukuhkan parti kerana terus mendapat kepercayaan rakyat berbanding parti pembangkang," katanya.


William Mawan Ikom (dua dari kiri) menerima borang keahlian daripada Gani Eli selepas mengumumkan keluar PKR di Kuching, Sarawak, semalam.










No comments:

Post a Comment

Member BSK