Jumlah Pengunjung

Thursday 7 November 2013

KETUA PENERANGAN PAS PANAS PUNGGUNG DENGAN KENYATAAN KARPAL SINGH !!! BERANI SANGAT KE NI ???



Pas mengingatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta bukannya mengikut kata hati.

Semalam,  Karpal mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

 
Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.

Ternyata ‘rakan karib’ DAP ini, Pas kesal dengan kenyataan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.


Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan itu menunjukkan Karpal gagal memahami perjuangan Pas.


“Pas membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ia serius dan membahayakan.


“Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin PR dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


“Apakah bahaya perjuangan Pas bagi masyarakat majmuk di Malaysia?


“Nilailah sendiri pada Pas yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 daripada segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim," tambahnya lagi.


“Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan? Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata ikut sedap hati,” tegas Tuan Ibrahim lagi.


Menurutnya, tindakan Karpal mengeluarkan kenyataan seperti itu boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR dan sokongan rakyat.


“Beliau sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini.


“Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya. Pas menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut,” katanya.


Psstt....  Betul ke pemimpin PAS berani tegur karpal singh ni ? Aku rasa esok lusa Karpal singh batuk terus pemimpin PAS menyorok belakang Nik Aziz...  haha...

No comments:

Post a Comment

Member BSK