Jumlah Pengunjung

Friday 8 November 2013

JANDA YANG TERHANGAT DI PASARAN !!!



Kuala Lumpur: Polis kini mengeluarkan gambar teman wanita suspek utama kes rompakan sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Setapak, Khamis lalu.
Difahamkan, wanita berkenaan yang juga warga Filipina itu dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Hasnah Hassan sedangkan nama sebenarnya adalah Norena Lamuddin, 27.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, wanita berstatus janda dan mempunyai seorang anak itu datang ke negara ini bersama suspek dan tinggal bersama di sebuah rumah yang disewa.

“Serbuan di rumah berkenaan mendapati wanita ini sudah melarikan diri dan bersembunyi bersama sebahagian besar barang kemas hasil rompakan terbabit.

“Kami percaya dia masih berada di sekitar Lembah Klang dan masih menyimpan barang kemas yang dirompak,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini polis sudah menahan empat orang bagi membantu siasatan, termasuk suspek utama yang juga pengawal keselamatan di kedai emas berkenaan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Ahad lalu, bersama seorang rakannya.

“Turut ditahan, seorang lagi rakan suspek di Shah Alam.


“Kami juga menahan penyelia kepada suspek berkenaan kerana membenarkan suspek menggunakan senjata api tanpa lesen,” katanya.


Harian Metro pada 31 Oktober lalu melaporkan pengawal keselamatan yang melarikan barang kemas dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Setapak dikatakan sudah merancang jenayah itu bersama seorang wanita sejak sebulan lalu.

GAMBAR Norena Lamuddin dalam dua pos berbeza.

No comments:

Post a Comment

Member BSK