Jumlah Pengunjung

Thursday 14 November 2013

HAKIM TELAH BENARKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN !!! APA ALASAN DARI PAS LAGI SEKARANG NI ?



Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat. 
 
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, pihaknya mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan hukum Islam itu.
Beliau bagaimanapun berkata, Kerajaan Pas Kelantan perlu menambah jumlah hakim sekiranya ia mahu dilaksanakan dalam masa terdekat. 

"Hukum hudud boleh dilaksanakan, undang-undang sudah ada. Lantik hakim sahaja. Mahkamah Syariah sudah bersedia pada bila-bila masa, kita tidak ada halangan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baru Tunjong di sini hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.






No comments:

Post a Comment

Member BSK