Jumlah Pengunjung

Wednesday 6 November 2013

GULA HABIS... PENIAGA CINA KENCING BANGSA INDIA SEMPERNA DEPAVALI !!!



Bekalan gula tetap habis walaupun di sana sini ramai yang berperang mulut mengenai isu kenaikan harga barangan tersebut.

Tinjauan di beberapa buah pasar raya mendapati rak jualan gula kosong.


Seorang pekerja pasar raya yang ditemui berkata, jualan gula habis setiap hari dan menafikan pihaknya cuba menyimpan stok berkenaan.


Menurutnya, ramai pelanggan yang marah kerana bekalan tersebut habis pada sambutan Deepavali yang lalu.


“Setakat ini kami tidak hadkan pembelian gula kerana sekarang kita sendiri tahu harga gula naik sehingga kira-kira RM2.80 sekilogram, pada hemat kami sendiri orang ramai kurang membeli gula.


“Tapi sangkaan kami silap kerana bekalan itu tetap habis, malah keadaan itu luar biasa,” katanya.


Berbeza dengan sebuah pasar raya lagi, pihak pengurusan pasar raya meletakkan tanda had kawalan pembelian.


Seorang pembeli dihadkan untuk membeli kira-kira dua kilogram gula sahaja.


Pengguna, Norzaini Shukor berkata, dia sendiri hairan bagaimana gula begitu laku walaupun ramai yang bising mengenai kenaikannya.


“Ingatkan orang sana sini marah, gula tidak laku, rupa-rupanya habis licin dekat kedai dengan pasar raya, memang orang kita masih perlukan gula walaupun setinggi mana harganya.


“Pasar raya ataupun kedai jangan pula ambil kesempatan untuk sorokkan stok atau sebagainya,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Member BSK