Jumlah Pengunjung

Tuesday 29 October 2013

PAS TERDESAK HINGGA SANGGUP UGUT PETUGAS UMNO DI SUNGAI LIMAU !!!



Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membidas Pas yang sanggup menggunakan pelbagai taktik sehingga mencemari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Menurut beliau, dalam kejadian terbaharu, jentera pergerakan itu menerima ugutan dalam dua kejadian berasingan di Permatang Damai Laut dan Bukit Choras.

Katanya, ugutan berkenaan diterima daripada para petugas Pas yang meminta jentera Wanita UMNO agar beredar dari kawasan itu.
"Dalam kejadian di Permatang Damai Laut, jentera Jalinan Kasih Wanita UMNO Selangor didatangi petugas Pas meminta mereka tidak masuk berkempen. Kejadian ini berlaku kelmarin.

"Sementara semalam pula, para petugas rumah Wanita UMNO Terengganu didatangi oleh jentera pembangkang dan menghalau mereka keluar.
"Namun begitu, petugas wanita kita tetap bersemangat kerana kedatangan kita adalah dengan niat baik dan suci hati," katanya kepada pemberita selepas menziarahi warga emas, Puteh Ahmad, 83, yang terlantar di Kampung Bahagia, Sungai Dedap di sini hari ini.

Shahrizat berkata, secara keseluruhan, gerak kerja Wanita UMNO berjalan dengan baik meskipun dikacau ganggu oleh petugas pembangkang.
"Walaupun sesetengahnya dikatakan kawasan hitam, Wanita UMNO tidak mempunyai apa-apa masalah kerana kedatangan kita adalah suci hati.
"Kita mahu mengeratkan silaturahim dengan pengundi dan pada masa sama menerangkan usaha baik yang telah dan akan dijalankan oleh Barisan Nasional (BN) demi manfaat penduduk di Sungai Limau ini," jelasnya.

Mengenai peluang calon BN dalam PRK Sungai Limau, Shahrizat berkata, berdasarkan makluman jenteranya, para pengundi yang sebelum ini terhasut dengan dakyah pembangkang mula menunjukkan reaksi positif selepas dikunjungi petugas UMNO.

"Saya tengok di sini, mungkin mereka dahulu terlebih dengar cerita mengarut pembangkang dan ada prasangka terhadap UMNO dan BN. Saya tidak salahkan pengundi. Apabila kita jelaskan dengan baik, nampaknya mereka mula terima," katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan jentera Wanita UMNO dan BN agar tidak terlalu yakin malah terus berusaha menjalankan kempen menarik hati pengundi.


Shahrizat Abdul Jalil mendengar keluhan Puteh Ahmad yang terlantar sakit tua sewaktu mengunjungi warga emas tersebut dalam Program Ziarah Sayang Wanita UMNO di Kampung Bahagia, Sungai Dedap di Jerai, Kedah, semalam.





No comments:

Post a Comment

Member BSK