Jumlah Pengunjung

Sunday 29 September 2013

RATUSAN RIBU PENGUNJUNG BERADA DI HARI PELADANG PERINGKAT NEGERI PERAK !!!



Aku berkesempatan berada di hari peladang peringkat negeri perak di sungai siput perak dari semalam lagi, apa yang dapat aku beritahu tentang situasi disini amatlah meriah sekali. Dari semalam aku berada disini kerana aku ingin melihat sendiri apa yang ada sepanjang hari peladang ini berlansung, ternyata aku tidak dapat menghabiskan satu hari untuk menikmati kepuasan sebenar sepanjang berada disini. Aku terpaksa datang kembali pada hari kedua untuk melihat lagi pelbagai gerai-gerai yang menarik yang berada disini. Hari peladang penternak dan nelayan ini akan berlansung selama 4 hari, bermula pada hari sabtu 28/9/2013 hingga ke hari selasa 1/10/2013. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari atau menambah ilmu tentang pertanian bagi aku sinilah tempatnya. Anak muda harus datang kesini untuk merebut peluang pertanian dan berbagai lagi yang menarik disini.

Pada sesiapa yang berada di sekitar negeri perak boleh la datang kesini kerana ada 2 hari lagi. Ceramah agama dari ustaz kazim elias akan berlangsung esok malam selepas isyak di pentas utama. InsyaALLAH sekiranya tiada aral melintang  aku dan kawan aku dari Warta Rakyat akan cuba membuat siaran langsung ceramah ustaz kazim elias di dalam blog aku esok. Harap korang boleh sebarkan pada kawan-kawan yang lain.

Dibawah dapat aku sertakan sedikit gambar sepanjang majlis ini pada hari kedua untuk tatapan korang semua...

























Persembahan dari band Suddenly.











No comments:

Post a Comment

Member BSK