Jumlah Pengunjung

Monday 2 September 2013

POLIS AKAN KEJAR A SAMAD SAID ???



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung insiden sekumpulan aktivis propembangkang yang bertindak mengibarkan bendera yang mereka dakwa sebagai Sang Saka Malaya ketika sambutan malam Ambang Merdeka kelmarin.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut menegaskan siasatan itu akan dijalankan secepat mungkin.

"Kita akan siasat secepat mungkin dan akan mencari bukti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pekarangan Muzium Diraja (Istana Negara lama), dekat sini hari ini.

Khalid mengulas tindakan beberapa aktivis propembangkang mengibarkan Sang Saka Malaya selain menggelar Jalur Gemilang sebagai 'jalur temberang' ketika sambutan Ambang Merdeka.
Insiden itu mengundang kemarahan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai biadab serta tidak menghormati bendera negara.


2 comments:

  1. Samad Said (anak peminum arak tegar - bapanya Said Melayu Singapura balaci Lee Kuan Yew)

    Like father like son...

    Kesian Samad... kau ingat dgn menyalak gaya neo-liberal itu maka kau akan dianugerahkan Nobel Prize..LANCAU!

    ReplyDelete
  2. oi samad... ko xhormat org.. org pun ada hak xhormat ko.. xsuke malaysia pg duduk singapore lah...

    ReplyDelete

Member BSK