Jumlah Pengunjung

Monday 1 July 2013

PERCAYAKAH KORANG KEWIBAWAAN NAJIB SATUKAN RAKYAT MALAYSIA !!!




MELBOURNE - Seorang komentator terkemuka Malaysia berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki "wibawa dan kuasa" untuk menyatukan seluruh masyarakat selepas pilihan raya umum baru-baru ini.

"Beliau begitu jujur, dan bila beliau berkata "Saya berhasrat mentadbir untuk semua rakyat Malaysia. Ini cukup menggalakkan," kata Tan Sri Robert Phang, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyayang Sosial kepada Bernama di sini.

"Najib adalah orang yang paling tepat untuk mengesani punca sebenar berlaku kegelisahan politik, terutama di kalangan masyarakat Cina.

"Satu post-mortem perlu dijalankan bagi mengenalpasti sebab-sebab mengapa MCA dan parti-parti komponen Cina lain dalam BN ditolak oleh masyarakat mereka sendiri.

"Mereka gagal mengadakan hubungan dengan pengundi kawasan mereka dan ini satu malapetaka. Tidak ada perwakilan Cina dalam Kabinet. Ini amat mengecewakan. Jadi sesuatu perlu dilakukan," katanya.

Phang berada di sini untuk berucap di dewan Perniagaan Cina Victoria hujung minggu ini.

"Najib telah menunjukkan dengan begitu meyakinkan bahawa beliau mahu meneruskan rancangan dan program untuk menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia.

"Tetapi beliau perlu mendapat sokongan dan kepercayaan masyarakat Cina dan India. Ini saya yakin, akan beliau capai," tambahnya.

"Kerana warisan keluarganya, latihan Britain, keterbukaan minda dan begitu reseptif kepada cadangan, saya yakin Najib adalah tokoh zaman ini yang mampu menyatukan negara.

"Najib banyak kali berkata "ubah, atau diubah'. Beliau memahami keseriusan situasi dan kita boleh jangkakan reform dalam Umno dan BN.

"Walaupun terdapat pengkritiknya, perdana menteri mendapat mandat besar pada pilihan raya dan beliau boleh maju ke depan dengan yakin dan dengan kuasa."

Phang berkata walaupun penting untuk mempunyai pembangkang yang kuat untuk tujuan semak dan imbang, "mereka mestilah konstruktif dan berkesan dan tidak setakat melaungkan slogan dan berarak di jalan raya".

Beliau berkata perhimpunan yang dirancang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak produktif, memusnah dan mengelirukan dan akan mengusir keluar pelaburan asing.

"Malaysia adalah sebuah negara indah. Saya ingin melihatnya berkembang dan makmur," kata Phang. - Bernama




No comments:

Post a Comment

Member BSK