Jumlah Pengunjung

Friday 26 April 2013

PANAS... TIMBALAN PENGARAH KASTAM DI BUNUH !!!




Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat, dipercayai oleh penunggang motorsikal pagi ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.3o pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.

Menurut wartawan ABN News yang kini berada di Hospital Putrajaya, Izzatie Rizan, maklumat awal yang diperolehi, suspek menaiki motorsikal Honda melepaskan tiga das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat. Salah satu daripada tembakan itu mengenai kepala mangsa.

Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.




No comments:

Post a Comment

Member BSK