Jumlah Pengunjung

Friday 19 April 2013

KOMUNIS BERTANDING GUNA LAMBANG PAS !!!




Selepas menolak hudud dan negara Islam akhirnya DAP terpaksa meraih simpati daripada parti yang diherdiknya, Pas untuk menggunakan logo parti sekutunya itu bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tindakan terdesak itu terpaksa dilakukan calon DAP berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dilantik pada pemilihan parti berkenaan pada 15 Disember tahun lalu.

Malah perkara ini turut diumumkan Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook pada majlis pengumuman senarai calon DAP negeri yang bakal bertanding pada PRU-13 meliputi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua di kawasan Parlimen.

"Kita memang ada krisis kerana ROS tidak iktiraf CEC yang kita bentuk tempoh hari. Maka kita bimbang kalau ia tidak diiktiraf dan pada hari penamaan calon, kita takut Barisan Nasional boleh menang percuma.

"Tetapi jangan risau kalau tidak boleh pakai roket (DAP), kita akan bertanding pakai logo bulan (Pas),'" katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini malam tadi.

Jelasnya lagi, apapun perkara itu akan diteliti terlebih dahulu dan perlu mendapat kepastian daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


No comments:

Post a Comment

Member BSK