Jumlah Pengunjung

Wednesday 17 April 2013

JANJI PAKATAN DALAM BILIK MESYUARAT BOCOR !!!




“Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang.” Inilah kualiti calon PKR Balik Pulau . Sama ada pengundi Balik Pulau faham atau tidak akan maksud Muhammad Bakhtiar,telahan seperti ini Pisau kira amat biasa kerana para penyokong tegar pakatan memang gagal mengunakan otak untuk berfikir.
Soal turun harga kereta dibuat tanpa mengambil kira kesan akan industri perkilangan dan peruncitan automotif. Ratusan ribu pekerja dari pembuat aksesori hinggalah kepada kedai kereta terpakai bakal berhadapan akan kesan tindakan haprak pakatan.
Semua orang mahu kereta yang murah,Pisau sendiri mahukan kereta yang murah tetapi sesuatu dasar atau perancangan yang dibuat bakal berakhir dengan lebih ramai orang hanya mampu naik bas dek kehilangan sumber pendapatan.Amat berbeza pendekatan yang dibuat oleh BN yang lebih berhemah dan berhati hati dalam perancangan mengurangkan harga kereta..
Harga-Kereta-Turun-Manifesto-BN
Bulan dan bintang bolehlah dijanjikan,tunainya belum tentu..Haprak pakatan sekarang ini mengorat pengundi bagaikan Bohjan melihat anak dara,mau di Touch n Go asalkan dapat merasa sedap kemudian ditinggalkan begitu saja.
Pisau yakin pengundi tidak sebodoh itu…
Calon PKR Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik, 48, menunjukkan sikap tidak patriotik beliau apabila mengagungkan kereta import berbanding kereta buatan tempatan dalam satu ceramah di sini malam tadi.
Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang, Muhammad Bakhtiar, seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: “Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang.”
Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dan calon PAS Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Asnah Hashim.
Terdahulu, ketika berceramah di Teluk Bahang petang semalam, Muhammad Bakhtiar dilihat hadir dengan menaiki kereta mewah Porsche Cayenne S berwarna hitam bersama pemandu peribadi beliau.
Berucap hanya kira-kira 10 minit beliau memberi alasan isi ucapannya telah disampaikan aktivis DAP, Hew Kuan Yau sebelum giliran beliau.
Dua hari lepas 100 penyokong dan anggota PKR membantah keputusan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertaruhkan Muhammad Bakhtiar bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.
Anwar mengumumkan keputusan itu pada satu ceramah di Sungai Ara 5 April lalu.
Kumpulan itu mengadakan perhimpunan secara aman di Jalan Baru di sini bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff untuk mempertahankan kerusi itu.





(SUMBER)




No comments:

Post a Comment

Member BSK