Jumlah Pengunjung

Tuesday 16 April 2013

DAP TAK TOLONG PASANG BENDERA PAS!!! Pulak Dah...




Memang betul Dap tidak akan mampu menawan n
egara secara total malah jauh sekali 2/3 majoriti Parlimen kerana tidak bertanding untuk kerusi yg sebanyak itu, namun tak mustahil untuk Dap menawan negeri-negeri yg mana pengundi Melayu dan bukan Melayu agak seimbang seperti di Johor dan Perak. Admin mengajak korang semua untuk kita imbas kembali kemenangan PR di Perak pada PRU12 lalu apabila Dap menang 18 kerusi Dun melebihi Pkr dan Pas sendiri. Ini telah membolehkan PR Perak menubuhkan kerajaan negeri. Isu timbul apabila Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak hanya membenarkan orang Melayu Islam sahaja yg dibolehkan untuk menjawat jawatan Menteri Besar sedangkan Dap yg menang kerusi Dun paling banyak. Selepas mencapai kata sepakat. Dap terpaksa melantik Nizar Jamaluddin untuk menjawat jawatan MB. Apa yg ingin admin tekankan disini ialah apa fungsi Nizar sebagai MB? adakah beliau hanya boneka? apa itu Perjanjian Pangkor 2? jom kita selongkar..

Perjanjian Pangkor 2 adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil PAS bagi membolehkan PAS menjadi Menteri Besar di Perak. Menurut beberapa orang penyokong PAS, Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah tandatangan surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin PAS yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak PAS sendiri.

Antara isi kandungan Perjanjian Pangkor 2 ialah:

1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.

2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.

3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Perjanjian Pangkor 2 ini ditandatangi antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Nizar Jamaluddin.

Mahukah kita sejarah ini berulang kembali? pastinya tidak. TIBAI Dap !!




No comments:

Post a Comment

Member BSK