Jumlah Pengunjung

Wednesday 27 February 2013

83% Melayu Islam Sokong Selamatkan Kalimah ALLAH !!!



Majoriti responden masyarakat Melayu dalam kaji selidik oleh badan bebas Merdeka Center bertegas kalimah "Allah" hanya khusus untuk digunakan oleh Muslim, lapor hasil kajian yang terkini dikeluarkan kepada media hari ini. 

Daripada tinjauan keatas 1,021 orang pengundi yang ditemui atau dihubungi Merdeka Center mendapati sebanyak 83 peratus berkata kalimah suci tersebut milik penganut beragama Islam, ia sama sekali berbeza dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membuat keputusan sebaliknya. 

Kemelut perebutan kalimah "Allah" kali pertama timbul sekitar awal tahun 1980an apabila kementerian dalam negeri dibawah pentadbiran Dr Mahathir ketika itu mengambil langkah untuk menghadkan penghantaran kitab Injil berbahasa Melayu daripada Indonesia ke dalam negara. 

Kemuncak isu tentang kalimah "Allah" kembali diperkatakan semula selepas sambutan Perayaan Hari Natal tahun lalu, apabila Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP meminta Putrajaya untuk membenarkan kalimah suci tersebut digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu tetapi kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan "Allah" bermaksud tuhan kepada orang Islam. 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengambil langkah yang tidak disenangi oleh penganut agama tersebut apabila mengeluarkan teks rasmi khutbah Jumaat yang menegaskan kalimah "Allah" tidak terdapat dalam Injil mahupun Taurat, serta mengingatkan umat Islam supaya menolak tuntutan penganut Kristian yang mahu menggunakan perkataan Arab itu di dalam kitab mereka. 

Selain itu, keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 mengatakan perkataan "Allah" tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan dalam seksyen bahasa Melayu akhbar mingguan itu, Herald. 





No comments:

Post a Comment

Member BSK