Jumlah Pengunjung

Tuesday 29 January 2013

Mengapa Nik Aziz Harus DI Dalam Dilema !!!



Kegagalan Pas menangani beberapa isu membabitkan agama Islam kebelakangan ini membuktikan parti itu dalam dilema sama ada mahu menegakkan ideologi Islam atau mengutamakan kepentingan politik.
Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, tindak-tanduk pemimpin parti itu kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa strategi menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang merupakan keutamaan berbanding perkara lain, walaupun membabitkan isu berkaitan agama Islam.
Katanya, Pas mengambil pendekatan itu kerana sedar bahawa mereka tidak mampu menawan Putrajaya tanpa bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP sehingga terpaksa mengorbankan perjuangan mempertahankan Islam seperti diuar-uar sebelum ini.
“Selain itu, kebergantungan Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjadi sebab parti itu tidak mampu menyuarakan pendirian sebenar mereka kerana bimbang bakal menjejaskan persiapan pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum nanti.





No comments:

Post a Comment

Member BSK