Jumlah Pengunjung

Tuesday 25 December 2012

TAK SANGGUP BAIAH TALAK 3 PADA ISTERI !!! PAS ZALIM TERHADAP WANITA ISLAM...

Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Penulis masih ingat riuh rendah dan gegak gempita portal Harakahdaily menyambut kemasukan Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS. Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. Penulis tidak pasti adakah berita ini akan mendapat liputan yang sama meluas oleh saluran lidah rasmi PAS?

Seluruh negara merasa terkejut dengan pengakuan Datuk Fauzi yang berkata, “Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS”



Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. Apakah Datuk Fauzi kini tidak yakin dengan perjuangan PAS? Apakah Datuk Fauzi tidak yakin beliau boleh mendedahkan kesemua “kepincangan polis” kepada rakan-rakannya di dalam PAS? Penulis berharap Datuk Fauzi tidak akan menyertai UMNO. Pasti ada tuduhan bahawa UMNO membeli Datuk Fauzi.

Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3.

Kesian Datuk Fauzi. Kecuali juak-juak PAS yang totok dan mengikut membabi buta, penulis tidak merasakan bahawa orang lura yang baru menyertai PAS akan bersedia untuk berbaiah. Tak tahulah kalau Abby Abadi. Nampak gayanya yang cerdik di sini adalah Hairie Othman. Beliau masuk PAS dan kemudiannya baru berkahwin. Jadi tidak perlulah berbaiah!

Persoalannya, pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini pernah menafikan wujudunya baiah di dalam PAS. Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009, berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

Katanya, sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung. Begitu juga dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketika ditanya pemberita di lobi parlimen dengan berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik?

Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS. Benarkah kedua-dua pemimpin PAS ini berbohong?

Bukankah berbohong ciri-ciri orang munafik? Mursidul Am PAS dan Presidennya tidak harus berdiam diri mengenai perkara ini. ~ SelangorDaily

No comments:

Post a Comment

Member BSK