Jumlah Pengunjung

Thursday 27 December 2012

ISU KALIMAH ALLAH... PAS TERPAKSA JUAL AGAMA ALLAH SEKALI LAGI !!!


ISU Kalimah Allah mula menghantui PAS apabila Lim Guang Eng  membangkitkan semula dengan menuntut Kerajaan Pusat  membenarkan Kalimah Allah diguna  dalam Bible bahasa Melayu.
Selama ini PAS melalui lidah pemimpinya   Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengumumkan Pas dan DAP telah mencapai titik persamaan secara umum apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.

Nampaknya persefahaman yang  dilaungkan selama ini hanya wayang kulit yang ditari oleh dalang PAS untuk menambah  perisa dalam gulai kawah  yang tidak digemari oleh para  jemaahnya.

Dulu PAS juga mengatakan kiranya sekawah gulai dimasukkan seketul daging babi maka sekawah gulai tersebut  adalah haram,maknanya  tiada sapa manpu mengubah  babi menjadi lembu biarpun sehebatmana mereka ,sedarjat manapun mereka .tapi PAS sendiri tidak faham-faham malah sanggup menyedapkan hati ahlinya dengan kata-kata manis yang penuh beracun biarpun kini memakan diri sendiri.

Apabila Lim Guang Eng membangkitkan semula isu kalimah Allah PAS mula panas buntut kerana tahu isu ini akan mengurangkan  semangat juang para ahli.Manakala pengundi atas pagar akan menilai semula kata-kata PAS sebelum ini bahawa DAP  lebih faham Islam dari MCA.

Biarpun PAS membidas tindakkan Lim Gunag Eng  sebenarnya sudah terlambat dan tidak dapat merubah pendirian DAP  membawa hasrat itu, dan PAS dilihat tidak mampu berbuat apa-apa biarpun berulang kali mengatakan DAP lebih faham Islam dari MCA.Jika benar mengapa pekara sama terus berulang?.
                       ............***..............***...................***.............***...............
  Kuala Lumpur: PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. 
Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. 


Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini.

“PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

“Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan.... jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut.

“Tapi terpulang kepada kerajaan (Persekutuan), kalau nak buat. Bagi PAS, kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu,” katanya kepada BH.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam.

“Tindakan Guan Eng itu boleh mencetuskan semula polemik yang sudah lama reda. Isu ini tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya beliau merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka.

“Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ia sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik,” katanya.

Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama.

Ditanya sama ada PAS akan bertemu dengan Guan Eng berhubung isu terbabit, Nasrudin berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, negeri itu mewartakan kalimah Allah sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

Beliau berkata peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman pakatan pembangkang memerintah dan dipersetujui Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi.

“Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti Allah, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

“Dia (Guan Eng) pun tahu perkara ini, kita sudah maklum dan peraturan ini sudah diwartakan, pelik juga beliau cakap macam tu,” katanya.

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad berkata, keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum.

No comments:

Post a Comment

Member BSK