Jumlah Pengunjung

Friday 28 December 2012

4,000 BERHIMPUN BANTAH KERAJAAN PAS KELANTAN !!!







Hampir 4,000 rakyat dari seluruh negeri ini berkumpul secara aman di perkarangan bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini bagi menyatakan bantahan dan menuntut janji-janji yang dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.
Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dengan kerjasama Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Profesional Kelantan (Kelpro) dan Minda Pondok itu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.
Peserta perhimpunan tersebut juga membawa pelbagai sepanduk untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Pas yang telah memerintah negeri ini selama 22 tahun.


No comments:

Post a Comment

Member BSK