Jumlah Pengunjung

Tuesday 23 October 2012

ZULFAHMI DILAMAR RED BULL KTM !!! TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL...

Karier Zulfahmi Khairuddin dalam perlumbaan MotoGP semakin cerah apabila pasukan Red Bull KTM Ajo telah menawarkan secara rasmi kepada pelumba negara berusia 21 tahun itu untuk bersama pasukan tersebut pada tahun 2013. Berita yang cukup menggembirakan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang berkata, Zulfahmi bakal menjadi pengganti kepada juara dunia Moto3 musim ini, Sandro Cortese yang memilih berada dalam kategori Moto2 pada tahun depan.
Jika menjadi kenyataan, Zulfahmi yang sekarang berlumba bersama AirAsia-SIC-Ajo akan bergandingan bersama rakan sepasukan baru, Luis Salom yang kini berada di tempat kedua keseluruhan.
"Pasukan Red Bull KTM telah menyatakan minat mendapatkan Zulfahmi Khairuddin pada musim depan semasa perlumbaan di GP Jepun baru-baru ini.

"Sekarang segala perbincangan tengah berjalan dan seandainya tiada sebarang halangan, dia bakal bergandingan dengan seorang lagi pelumba baru, Luis Salom yang telah diumumkan bersama mereka bagi kategori Moto3 musim depan.
"Bagi saya, ini membuktikan ada pihak telah mengiktiraf kebolehan Zulfahmi dengan segala pencapaian yang dia telah lakukan pada musim ini dan kita memang mengharapkan agar dia mampu melangkah lebih jauh lagi pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Zulfahmi yang cemerlang menduduki tempat kedua pada perlumbaan GP Malaysia 2012 sekali gus menjadi pelumba tempatan pertama menjejak kaki ke podium berada di tempat ketujuh keseluruhan dengan 112 mata.

Menyentuh mengenai pengganti Zulfahmi di dalam pasukan AirAsia-SIC-Ajo, Razlan memberitahu pelumba Red Bull Rookies, Hafiq Azmi menjadi pilihan namun pihaknya tidak akan terburu-buru membawa pelumba itu menyertai MotoGP dalam masa terdekat.
"Hafiq masih muda iaitu berumur 15 tahun dan bagi memastikan dia mempunyai persediaan yang mantap, kami berbincang untuk satu persediaan kejohanan di Eropah.

"Dia (Hafiq) mungkin akan menyertai MotoGP musim depan dengan tiket wildcard terlebih dahulu dan kami akan sentiasa memantau perkembangannya, jika dia bersedia, baru dia akan didaftarkan pada perlumbaan MotoGP," katanya.



No comments:

Post a Comment

Member BSK