Jumlah Pengunjung

Friday 12 October 2012

Zulfahmi catat masa ketiga terpantas sesi latihan

Penunggang motosikal Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mencatatkan masa ketiga terpantas pada kedua-dua sesi latihan bebas menjelang Grand Prix Jepun di Litar Motegi, di Tokyo hari ini. Penunggang AirAsia-SIC itu mencatatkan masa satu minit 29.806 saat pada sesi latihan kedua untuk menduduki tempat ketiga di belakang penunggang Jerman, Sandro Cortese dari pasukan RedBull (1:59.448 saat) dan Maverick Vinales dari Sepanyol (1:59.799 saat)
Pada sesi latihan pertama di sebelah pagi, Khairulfahmi turut mencatatkan masa ketiga terpantas dengan catatan masa dua minit 0.58 saat di belakang Jonas Folger (Jerman) dan Cortese.
Grand Prix Jepun itu akan berlangsung Ahad ini manakala sesi kelayakan pula akan diadakan esok.

No comments:

Post a Comment

Member BSK