Jumlah Pengunjung

Thursday 4 October 2012

PAS IKUT BISIKAN SYAITAN !!!

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, perjuangan Pas menegakkan negara Islam beralih menjadi negara berkebajikan, berpunca akibat desakan DAP dan PKR.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata, konsep negara Islam itu merupakan perjuangan Pas, bukan sekadar ‘kosmetik’ untuk mencantikkan perjuangan parti Islam itu.

“Kenyataan bahawa negara Islam atau (pelaksanaan) hukum hudud ini tidak terkandung dalam Buku Jingga itu memang benar.

“Bila Pas masuk PR, tiada lagi perkara ini, bagaimana hendak buat? Mereka sepatutnya fikir dulu (sebelum menyertai PR),” katanya ketika menjawab pertanyaan hadirin berhubung penukaran konsep negara Islam kepada negara berkebajikan.

Beliau berkata demikian dalam Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk ‘Perbezaan Ideologi Politik: Adakah Menjadi Penghalang kepada Penyatuan’ anjuran Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), di sini, semalam.

Hasan menegaskan, beliau tidak terlibat dalam penukaran konsep itu, tetapi keputusan tersebut dicemari oleh ‘parasit’ dalam Pas.

Mengulas mengenai gabungan yang dilihat mampu mempertahankan Islam dan Melayu, Hasan berkata, Umno dan Pas sepatutnya boleh bersatu membentuk gabungan itu, namun terdapat kekangan menyatukan kedua-dua parti berkenaan.

“Orang Pas kena buka fikiran mereka untuk melihat isu penyatuan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK