Jumlah Pengunjung

Wednesday 31 October 2012

KAFIR HARBI GUNAKAN MELAYU ISLAM DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 !!!

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Pengerusi perhimpunan Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga bersama 11 individu lain yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah memfailkan tuntutan balas terhadap Kerajaan Malaysia.

Pada 15 Mei lalu, Kerajaan Malaysia menyaman Ambiga bersama kumpulan terbabit untuk menuntut ganti rugi khas RM122,000 atas dakwaan gagal mengawal perhimpunan yang diadakan pada 28 April lalu.
Samad pula bersama kumpulan itu dalam tuntutan balasnya mendakwa kononnya pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak menindas dengan sewenang-wenangnya dan secara tidak berperlembagaan.

Menurut Samad, pada 28 April lalu media massa telah memberikan liputan meluas sehingga mencemarkan reputasi Bersih 3.0 dan reputasi mereka.
Sehubungan itu, Samad dan ahli kumpulannya menuntut supaya Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Mereka turut menuntut ganti rugi am dan teladan dengan jumlah yang tidak dinyatakan.
Tuntutan balas Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad Mohamed Said difailkan menerusi firma guaman Tetuan Shearn Delamore pada 11 Oktober lalu.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad yang mewakili Kerajaan Malaysia selaku plaintif dalam saman induk memberitahu pemberita, Hakim Datuk John Louis O’Hara menetapkan 11 Disember depan bagi pengurusan kes saman itu





No comments:

Post a Comment

Member BSK