Jumlah Pengunjung

Sunday 21 October 2012

ISLAM PAS DAN ISLAM NABI MUHAMMAD saw...

Sesungguhnya jika orang Islam berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, yang tidak diputarbelit oleh orang yang berkepentingan, orang Islam tetap maju dan berjaya dalam semua bidang. Tetapi ramai daripada kita yang tidak mengamal ajaran Islam. Dalam bidang perniagaan kita tetap berjaya jika kita beramanah, sabar, berdisiplin, membendung nafsu, jujur dan ikhlas. Tetapi apabila kita tidak sabar un...
tuk kaya cepat dan dengan itu menjual hak kita, nama kita, maruah bangsa kita, agama kita maka sudah tentu kita akan gagal dan rugi. Mungkin pada mulanya menjual hak kita akan memberi keuntungan segera pada kita. Menjual agama kita memberi kemenangan politik kepada kita. Tetapi akhirnya kita pasti akan rugi, tidak dipercayai, tidak dihormati, didakwa di mahkamah, didapati salah dan dihukum penjara. Bagi yang menjual agama kerana kepentingan tertentu mereka berdosa kerana mereka membawa kecelakaan kepada orang Islam, menjadikan mereka lemah, tertindas dan dihina bersama agama mereka. Apabila ada orang yang menghalangkan penguasaan ilmu kerana kononnya agama tidak menyuruh belajar ilmu yang mereka cap sebagai sekular dan dengan kerana itu orang Islam menjadi bodoh dan mudah dikuasai orang lain, maka tentulah orang Islam dan agama Islam akan rugi besar.

No comments:

Post a Comment

Member BSK