Jumlah Pengunjung

Thursday 25 October 2012

ALLAH TAALA BUKTIKAN NEGERI KELANTAN KURANG PELUANG PEKERJAAN !!!

Rakyat Kelantan merupakan yang tertinggi memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu disebabkan kekurangan peluang pekerjaan di negeri ini. Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sejak tahun 2009 sehingga tahun lepas seramai 495,000 daripada 1.2 juta pemohon pekerjaan daripada Gred 1 sehingga Gred 41 adalah berasal dari negeri ini.
Beliau berkata, sejak lima tahun lalu, seramai 12,831 pemohon dari Kelantan tersebut diterima bekerja di sektor pekerjaan.
"Saya setuju mungkin faktor kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja ini disebabkan peluang kerja yang ada di Kelantan adalah sangat kurang dan faktor lain SPA akan buat kajian terperinci.
"SPA dengan kerjasama semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk membuat penambahbaikan dalam soal memberikan ruang pekerjaan ini," katanya.




No comments:

Post a Comment

Member BSK