Jumlah Pengunjung

Wednesday 26 September 2012

DAP PERAK UGUT NIZAR & PAS


Ketika kemarahan pelbagai pihak terhadap tindakan biadab Datuk Ngeh Koo Ham yang memperlekehkan bantahan umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims memuncak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula menganggap ia bukan isu. Bekas Menteri Besar Perak itu mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberi sebarang komen walaupun beliau sebelum ini sering dilihat mahu menjuarai isu-isu berkaitan Islam.
Malah, Mohammad Nizar menganggap permohonan maaf yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak tersebut sudah memadai.
''Nak komen apa, dia dah minta maaf. Saya rasa, bila dia dah minta maaf, memang dia nak rujuk supaya minta maaf, itu sajalah.
''Ada benda yang memang saya akan beri komen. Macam benda ini, tak perlu beri komen sebab ia bukannya isu apa pun,'' ujarnya

No comments:

Post a Comment

Member BSK