Jumlah Pengunjung

Sunday 16 September 2012

BN telah membawa banyak perubahan kepada yang lebih baik, kata Najib

SIBU 16 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia amat mengalu-alukan perubahan tetapi perubahan yang dilakukan secara terancang, tersusun dan sistematik dan bukannya yang bersifat tidak tersusun dan kelam-kabut.
"Kita mahukan perubahan yang boleh membawa perubahan sebenar dan kemajuan sebenar, bukannya yang tidak tersusun dan kelam-kabut," katanya pada majlis pecah tanah universiti terbaharu di Sarawak, Kolej Universiti Teknologi Sarawak di Old Airport Road di sini.
Najib berkata ada pihak tertentu yang menguar-uarkan kononnya mahu membawa perubahan kepada negara ini pada pilihan raya umum akan datang.
"Semua itu semata-mata untuk meraih undi, mereka sanggup menjanjikan matahari dan bulan dan malahan seluruh sistem galaksi kepada orang ramai.
"Tetapi, sebenarnya kerajaan Barisan Nasional yang telah berbuat banyak dalam membawa perubahan, dan malahan penduduk di kawasan luar bandar turut menikmati hasil daripada perubahan itu.

No comments:

Post a Comment

Member BSK