Jumlah Pengunjung

Tuesday 18 September 2012

Anwar selaku Ketua Wanita perlu selamatkan aib Shamsidar

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik diri sendiri sebagai Ketua Wanita pakatan pembangkang sepatutnya menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya oleh Datuk S. Nallakaruppan.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, justeru amat bertepatan untuk Ketua Pembangkang itu mengadakan sidang akhbar berhubung dakwaan skandal seks beliau bersama Shamsidar Taharin kerana isu tersebut telah melibatkan aib ahli wanitanya.
''Anwar dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu segera menyangkal dakwaan S. Nallakaruppan itu. Perkara itu mesti dilakukan di hadapan Shamsidar dan suaminya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.
''Semua kaum wanita di Malaysia mahu melihat sidang akhbar bersama Wan Azizah dan Shamsidar. Anwar perlu selesaikan masalah dan hal ehwal wanita dalam rumahnya dan rumah Azmin sebelum mahu jaga hal ehwal wanita di luar bandar,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Member BSK